KPJ Serah RM60,000 Zakat Perniagaan

KPJ Serah RM60,000 Zakat Perniagaan

0
SHARE
Zakat
Faizal (dua dari kiri) menyerahkan zakat perniagaan kepada Iwan Suzairi (dua dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Hospital Pakar KPJ Sabah menyerahkan RM60,000 zakat perniagaan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pengurus Besarnya, Mohamad Faizal Mohamed berkata, KPJ Sabah akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hospital swasta untuk membayar zakat perniagaan.

“Pada tahun ini, sekali lagi pihak KPJ Sabah dapat menunaikan salah satu tanggungjawab iaitu untuk membayar zakat perniagaan berjumlah RM60,000 menyamai bayaran beberapa tahun lepas dan berharap akan dapat membantu golongan yang memerlukan khususnya di Sabah.

“Selain itu, KPJ turut memberikan sumbangan kepada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu berjumlah RM 5,000 dan berharap dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu pihak masjid dalam merangka program dan bantuan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui media sempena Karnival Sihat Waqaf anjuran bersama Hospital Pakar KPJ Sabah, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pada Ahad.

Bayaran zakat berkenaan diterima oleh wakil Bahagian Zakat dan Fitrah, MUIS, Iwan Suzairi Ari dan disaksikan oleh Pegawai Eksekutif KPJ Wilayah Malaysia Timur, Asmadi Mohd Bakri.

Pada majlis yang sama, KPJ Sabah dan BSN menyantuni 50 anak-anak asnaf Yayasan Nur Jauhar (YNJ) dengan memberi sumbangan peralatan sekolah dan duit raya yang disampaikan oleh Ahli Kehormat YNJ, Datuk Dr. Haji Omar Raisul Assalam Syah Datuk Haji AS Omar.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang dua hari Karnival Sihat Waqaf yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah khatam Al-Quran, pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah perdana dan agihan bubur lambuk. — JABATAN PENERANGAN SABAH