Lelaki 19 Tahun Cedera Diugut Bunuh di Ranau, Suspek Ada Rekod Kes...

Lelaki 19 Tahun Cedera Diugut Bunuh di Ranau, Suspek Ada Rekod Kes Bunuh Diburu

0
SHARE

RANAU: Seorang lelaki berusia 19 tahun cedera dan diugut bunuh dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Matupang pada 19 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Supt Mursalin Mahmud berkata, laporan diterima semalam, memaklumkan mangsa dipukul dan diancam oleh seorang lelaki dikenali.

Siasatan awal mendapati suspek, lelaki Dusun berusia 35 tahun, memarahi mangsa tanpa sebab sebelum mengugut menggunakan buku lima berwarna emas, kemudian menumbuk dan menendang mangsa.

Mangsa mengalami luka di bibir serta sakit pada bahu kiri dan belakang, dan telah mendapatkan rawatan.

Video kejadian turut tular di media sosial.

Polis kini memburu suspek yang mempunyai rekod lampau termasuk kes bunuh pada 2014, dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat.