SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas anggota pasukan Bomba berjaya membuka kenderaan Nissan Livina yang dikunci di Sri Taman, sini.
Panggilan kecemasan diterima melalui talian balai pada pukul 9.39 pagi tadi.
Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi diketuai PBK II KUP Mcdonald @ Saso Simson.
Mangsa dikenal pasti sebagai Zorazlan Zoharim, 37.
“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.57 pagi.