PARIS – Bekas pemain PSG Neymar nampaknya tidak perlu risau tentang kewangan dengan faedah tidak masuk akal selepas secara rasminya menyertai Al Hilal.
Neymar dilaporkan menandatangani kontrak rasmi dengan kelab bola sepak Arab Saudi itu pada Selasa lalu.
PSG mengucapkan selamat tinggal kepada pemain lagenda mereka dengan harga €90 juta (RM531 juta).
Beberapa minggu sebelum berpindah Neymar telah menyampaikan minat terhadap tawaran Al Hilal dengan pengurusan tertinggi PSG.
PSG ketika itu berusaha menjual Mbappe ke Al Hilal namun setuju dengan bidaan daripada Al Hilal untuk Neymar.
Neymar dikatakan akan menerima sekitar €160 juta setahun untuk kontrak selama 2 tahun. Ini bermakna beliau akan menerima gaji bebas cukai sebanyak RM1.8 billion.
Selain itu, Al Hilal turut menjanjikan jet peribadi percuma dan rumah agam mewah lengkap dengan pembantu.
Bagis setiap kemenangan, Neymar juga akan menerima bonus sebanyak €78,000 (RM460,000).
Tidak cukup lagi, Al HIlal akan membayar hak imej kepada Neymar untuk setiap ‘post’ di media sosial.
Kontrak Neymar memberikan pemain itu kuasa khas untuk memegang sendiri hak imej sepenuhnya.
Neymar dijangka menerima €500,000 (RM2.9 bilion) hanya untuk imejnya digunakan di media sosial Al Hilal.
Tawaran yang sama diberikan kepada pemain seperti Karim Benzima oleh kelabnya Al-Ittihad.
Neymar dianggap salah seorang pemain terbaik dalam generasinya dengan gaya permainan yang licik.
Bintang bola sepak lain seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzima, Sadio Mane, Riyad Mahrez, Roberto Firmino turut berhijrah untuk bermain dalam Liga Pro Saudi.
Dalam pada itu, kedai barangan rasmi kelab Al Hilal dilaporkan diserbu peminat yang mahu mendapatkan jersi Neymar Jr.
Putera Al Waleed Bin Talal yang dianggap orang terkaya di Arab Saudi dan peminat tegar Al Hilal turut mengadakan sesi ‘Face Time’ dengan Neymar.