Madam Kembali Dengan Single Baru ‘Merindu’

Madam Kembali Dengan Single Baru ‘Merindu’

0
SHARE
Madam
Kumpulan kugiran Madam ( Sumber Foto: Ihsan Rocketfuel Entertainment )

KUALA LUMPUR – Kumpulan kugiran genre rock, Madam kembali dengan single baharu bertajuk Merindu hasil ciptaan mereka sepenuhnya dan diterbitkan di bawah label Rocketfuel Entertainment.

Vokalis Madam, Putera berkata penghasilan lagu baru mereka telah dimulakan pada awal tahun lepas.

“Idea disebalik pembikinan lagu ini mula direncanakan sekitar bulan Mac tahun lepas lagi. Namun disebabkan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat tersebut terhenti dan disambung semula pada penghujung 2023,” katanya.

Single Merindu membawa maksud seperti tajuknya – merindui kehadiran orang tersayang, merindukan sentuhan, suara, merindui seseorang yang jauh di mata namun dekat di hati, gambaran rindu yang amat berat lagi mendalam.

Sementara itu, Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Anand berkata pihaknya berharap lagu Merindu bakal mendapat tempat di hati peminat.

“Buat pendengar yang menantikan karya terbaharu daripada Madam, lagu ini adalah untuk anda. Lagu baru ini benar benar menampilkan sisi Madam yang berbeza,” katanya.