KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala udang di bawah jambatan Sungai Buloh, Sadong Jaya, ditemui meninggal dunia pada Rabu, 40 kilometer dari sini pada Rabu.
Bernama melaporkan Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sebagai berkata, mangsa, Mohd Faizal Abdillah, 29, dari Kampung Rangawan, ditemukan pada jam 2.22 petang berhampiran Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh nelayan.
Mangsa dibawa ke PKB untuk pengecaman oleh ahli keluarga dan didapati berada dalam keadaan baik kecuali terdapat kesan gigitan di perut. Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara aktif menggunakan teknik pencarian permukaan melibatkan polis, bomba, RELA, dan persatuan nelayan tempatan.






