NAMA BESAR BEKAS MENTERI UMNO PRO ISMAIL SABRI BAKAL DIGUGURKAN?

NAMA BESAR BEKAS MENTERI UMNO PRO ISMAIL SABRI BAKAL DIGUGURKAN?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seperti yang dijangka, hampir kesemua bekas MP UMNO yang menyokong Dato’ Sri Ismail Sabri bakal digugurkan daripada senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Spekulasi bertiup kencang sejak semalam apabila ramai pemimpin besar UMNO yang dikenali sebagai penyokong Naib Presiden UMNO itu digugurkan daripada menjadi calon PRU-15 kali ini.

Menurut penganalisis politik Syihab Al-Hadi ketika diminta mengulas mengenai spekulasi ini berkata, jangkaan Zahid akan menggugurkan pemimpin-pemimpin yang dilihat lebih menyebelahi Ismail Sabri telah dijangka lebih awal.

“Sudah tentu pemimpin-pemimpin seperti Shahidan Kassim, Zahidi Zainul dan Annuar Musa dan ramai lagi berkemungkinan besar akan digugurkan.”

Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul Abidin…

Menurut Syihab, “Zahid sebenarnya mempunyai agenda besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”.

“Sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO yang vokal mengkritik kepimpinan Zahid sebelum ini, akan pasti digugurkan.”

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…

Syihab berkata lagi, harus diingat bahawa Zahid ketika ini lebih berkuasa daripada Ismail Sabri memandangkan watikah calon UMNO, BN ditandatangani oleh Zahid.

“Secara logiknya agak mustahil Zahid akan menandatangani watikah calon mereka yang menentangnya sebelum ini.”

Dalam pada itu Tan Sri Annuar Musa turut menulis dalam Facebook miliknya dengan berkata nampaknya, walau perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

Tan Sri Annuar Musa…

“Dijanjikan juga TOP 5 diberi kuasa merundingkan bagi pihak MKT (yang berkuasa memilihnya), namun ahli TOP 5 mengesahkan list itu di tapis lagi oleh “high up”. Proses sedang berjalan…

“Janji kononnya bakal dipilih adalah para WALI (WINNABLE, ACCEPTABLE, and LIKEABLE), namun kedengaran sana sini banyak sudah “winners” di pancung, terutama yg dekat dgn YAB PM… Tapi itu rumours (yang tidak semestinya tidak berasas)…

“Apapun kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk merunding dan memilih,” menurut kenyataan Annuar tersebut.