Negara-Negara Islam Beri Respons Kolektif Terhadap Penghinaan Al-Quran Di Eropah

Negara-Negara Islam Beri Respons Kolektif Terhadap Penghinaan Al-Quran Di Eropah

0
SHARE
Sumber Foto: Facebook rasmi Organisation of Islamic Cooperation (OIC)...

ISTANBUL – Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif ke atas demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru ini selepas mesyuarat tergempar menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Turki Hakan Fidan pada Jumaat.

Mesyuarat tergempar menteri-menteri luar OIC berlangsung pada 31 Julai untuk membincangkan isu menghina al-Quran di Sweden dan Denmark, lapor Sputnik memetik Kementerian Luar Iran pada Rabu.

“Pada mesyuarat ini, OIC menyuarakan bantahan ke atas perbuatan mencemarkan al-Quran…

“Saya pasti beberapa keputusan akan dibuat. Buat pertama kalinya, dunia Islam mengambil tindakan dan menyatakan pendirian bersama,” kata Fidan pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Hungary, Peter Szijjarto, di Budapest.