Nelayan Sanggup Ditinggalkan Isteri Demi Luangkan Masa Bersama Buaya

Nelayan Sanggup Ditinggalkan Isteri Demi Luangkan Masa Bersama Buaya

0
SHARE

SAN JOSE, CALIFORNIA – Habiskan banyak masa bersama seekor buaya kesayangan punca seorang nelayan di sini ditinggalkan isterinya.

Menurut petikan laporan akhbar tempatan Daily Star, Gilberto ‘Chito’ Shedden menjadikan buaya yang diberi nama ‘Pocho’ sebagai rakan baiknya sejak 20 tahun yang lalu.

Chito menemui Pocho pada tahun 1989 di tebing sungai Reventazón, Costa Rica ketika haiwan pemangsa itu hampir mati akibat ditembak.

Sejak daripada itu, Chito telah menjaga rapii Pocho hampir selama ENAM (60 bulan dengan memberi haiwan itu makan 31 kilogram ayam dan ikan seminggu sekali.

“Saya memberikannya makanan. Pada mulanya, ia enggan makan namun saya tetap memberi buaya itu makan ayam sehingga ia sihat…

“Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” kata Chito.

Perubahan ketara Chito yang banyak menghabiskan banyak masa bersama buaya itu telah menyebabkan isterinya nekad meninggalkannya.

“Saya boleh mencari isteri lain, namun Pacho hanya satu dalam sejuta,” katanya.

Menurut Chito, dia pernah cuba untuk melepaskan haiwan itu ke sebatang sungai untuk menjalani kehidupan liarnya, namun keesokan paginya, Chito terkejut apabila melihat haiwan itu kembali dan tidur di luar rumahnya.

Chito kemudian melakukan pertunjukan bersama haiwan itu dan berkata apabila Pocho mengikutnya pulang dan memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, Chito tahu dia boleh melatih haiwan tersebut.

Chito berkata, dia hanya mengenakan caj sebanyak AS$2 (RM8.40) kepada penonton untuk menonton pertunjukan Pocho. Menurutnya, haiwan itu merupakan rakan baiknya dan dia tidak mahu mengeksploitasi  Pocho.

Walau bagaimanapun, hayat kehidupan Pacho berakhir pada Oktober 2011 dan Chito kini sedang melatih Pacho keduanya sebagai pengubat rindu kepada kehilangan buaya kesayangannya.