Parti SEDAR Naiktaraf Menjadi Parti Nasional

Parti SEDAR Naiktaraf Menjadi Parti Nasional

0
SHARE
Sedar
Othman (tengah) bersama Arifin (kanan) dan Julia (kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan SEDAR )

KUCHING, SARAWAK – Parti Sedar Rakyat (SEDAR) – sebelum ini dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat Sarawak telah mendapat kelulusan menjadi parti nasional daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Ogos lepas.

Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata pindaan kepada perlembagaan parti untuk penyesuaian nama dan beralih ke peringkat nasional telah diluluskan oleh ahli-ahli parti dalam Kongres Umum Tahunan pada tahun lepas.

Menurutnya, keputusan ini adalah berlandaskan sokongan yang diterimanya, terutama sekali daripada Sabah, serta negeri-negeri Kelantan dan Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas.

“Dengan menjadi sebuah parti bertaraf nasional, ianya akan membolehkan SEDAR
memperluaskan penjalanan misinya dalam membela hak rakyat untuk mendapat manfaat
secara langsung daripada kekayaan yang dihasilkan melalui pengeksploitasian sumber-
sumber negeri mereka, terutamanya dalam sektor minyak dan gas.

“Dengan kelulusan rasmi daripada JPPM itu, SEDAR telah pun mengerakkan jenteranya
bermula dari Sabah untuk meluluskan permohonan keahlian daripada luar Sarawak.

“Bagi Sabah, parti ini telah melantik Prof Dr Ariffin Willie dan Julia Ongkili untuk memimpin
usaha menuju pembentukan dan pendaftaran cawangan SEDAR Sabah.

“Pelantikan pegawai perhubungan untuk negeri-negeri lain akan menyusul tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya juga mengalu-alukan semua warganegara yang prihatin, pemimpin masyarakat, dan penyokong keadilan ekonomi untuk menyertai SEDAR.