Pelancong Wanita Parah Dilanggar Myvi

Pelancong Wanita Parah Dilanggar Myvi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang pelancong Taiwan mengalami cedera parah di bahagian kepala selepas dilanggar sebuah Perodua Myvi ketika cuba lari melintas jalan berhadapan stesen minyak Petron di Tanjung Aru, sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan kejadian 6.30 petang itu sambil berkata mangsa wanita terbabit dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Pemandu kenderaan didapati seorang wanita berusia 49 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Petagas.

“Mangsa dengan mengejut berlari melintas jalan dan pemandu sempat menekan brek namun terlanggar tanpa sengaja.

“Walau bagaimapun, kes masih disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mangsa dilaporkan masih berada dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan.