Pengguna MySejahtera Kini Perlu Muat Naik Gambar Keputusan Ujian COVID-19

Pengguna MySejahtera Kini Perlu Muat Naik Gambar Keputusan Ujian COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Gambar keputusan kajian COVID-19 kini perlu dimuatnaik di aplikasi MySejahtera ketika mengemas kini status laporan kendiri.

Menurut laporan Berita Harian, gambar itu perlu menunjukkan di mana dan bila ujian COVID-19 dibuat, selain keputusannya sama ada positif atau negatif.

Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengisi borang di aplikasi itu dengan mengesahkan sama ada positif, negatif atau ujian tidak sah selepas membuat ujian jangkitan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan supaya ujian saringan kendiri dibuat sebelum merancang untuk berkumpul, berkunjung sempena cuti perayaan atau menyertai sebarang acara awam.

Individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat.