Penularan Varian Delta COVID-19, China Kembali ‘Lockdown’

Penularan Varian Delta COVID-19, China Kembali ‘Lockdown’

0
SHARE

BEIJING, CHINA – Jangkitan besar-besaran wabak COVID-19 akibat penularan varian Delta bulan ini di sini menjadikan China kembali melaksanakan perintah berkurung (lockdown) terhadap jutaan penduduknya.

Ini selepas, China pada Isnin telah mencatatkan 55 kes jangkitan tempatan yang melibatkan varian Delta dikesan sudah merebak ke lebih 20 bandar dan berpuluh wilayah.

Sejak minggu lalu, pemerintah tempatan di bandar utama termasuk Beijing telah meningkatkan ujian saringan dan mengenakan kuarantin ke atas kontak rapat individu disahkan positif COVID-19.

Di bandar Zhuzhou, wilayah Hunan, lebih 1.2 juta penduduk dikenakan arahan duduk di rumah.

“Kita berdepan situasi yang semakin sukar,” kata jurucakap pemerintah tempatan di Zhuzhou yang dipetik AFP.

Beijing sebelum ini melakar kejayaan dengan menjadikan negara itu sifar kes, selepas kali pertama virus itu dikesan di Wuhan pada lewat 2019, sekali gus mengembalikan semula ekonomi negara.

Namun, kes jangkitan baharu yang dipercayai dikaitkan dengan kluster di Nanjing apabila sembilan tukang cuci di lapangan terbang antarabangsa diuji positif pada 20 Julai lalu, malah menjadikan sebanyak 360 kes tempatan dilaporkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Orang ramai menjalankan ujian saringan (swab test) akibat tercetusnya kluster di Nanjing…

Destinasi pelancongan Zhangjiajie berhampiran Zhuzhou menjadi lokasi jangkitan bulan lalu apabila virus itu dibawa dan tersebar ke seluruh negara yang tercetus daripada kluster sebuah teater.

Ketika ini, kes jangkitan baharu turut dilaporkan di destinasi pelancongan popular di Hainan, Ningxia dan Shandong serta wilayah Henan yang terjejas banjir

Dalam pada masa yang sama, Pegawai tertinggi di China semalam turut menyeru rakyat supaya tidak meninggalkan Beijing sekiranya tiada urusan penting.