BANGKOK, THAILAND – Sekumpulan penunjuk perasaan di Thailand nekad bersungguh-sungguh menggesa Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha supaya meletak jawatan segera dengan kadar segera.
Walaupun kumpulan itu diarahkan bersurai dengan tindakan Polis Thailand terpaksa melepaskan meriam air, mereka tetap enggan bersurai dan terus berkumpul dan ingkar arahan sekatan COVID-19.
Memetik laporan AFP, penunjuk perasaan yang ingkar kepada larangan berhimpun melebihi lima orang itu turut membawa beg mayat berserta cat merah berhampiran Monumen Demokrasi, berarak menuju kepada pejabat kerajaan.
Mereka diketuai sekumpulan individu yang memakai topeng gas selain disertai penunggang motosikal sambil membawa beg mayat di atas kenderaan mereka.
“Kami akan mati akibat COVID-19 jika kami tinggal di rumah, itu sebabnya kami perlu keluar rumah…
“Prayut Chan-O-Chan perlu meletak jawatan tanpa sebarang syarat, pemotongan bajet kepada monarki dan penggunaan tentera melawan COVID-19 dan akhir sekali ialah membawa masuk vaksin mRNA,” jerit seorang daripada penunjuk perasaan berkenaan.
Penunjuk perasaan turut dilihat membawa kain rentang gergasi, memaparkan wajah bekas ketua tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa pada tahun 2014 sebelum memijaknya beramai-ramai.
Thailand kini berdepan gelombang penularan COVID-19 terburuk dengan jumlah kes merekodkan peningkatan mendadak, manakala hospital kini beroperasi d pada tahap maksimum.