PETALING JAYA – Mahkamah Majistret, pada hari ini telah melepaskan tanpa membebaskan penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu.
Yasin berkata, beliau bersyukur dengan keputsan tersebut apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini…
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya pada Rabu, lapor Sinar Harian.
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.






