Petronas Bertegas Tindakan Rampasan Aset Tidak Berasas, Sedia Pertahankan Kedudukan

Petronas Bertegas Tindakan Rampasan Aset Tidak Berasas, Sedia Pertahankan Kedudukan

0
SHARE
Petronas...

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak negara, Petronas bertegas bahawa tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.

Petronas berkata demikian menerusi sebuah kenyataan yang merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai, 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam kenyataan pada Selasa.

Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya.