PKP 3.0 Tidak Akan Ditamatkan Esok (28 Jun), Bantuan Menyeluruh Bakal Menyusul...

PKP 3.0 Tidak Akan Ditamatkan Esok (28 Jun), Bantuan Menyeluruh Bakal Menyusul – PM

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa ketika ini tidak akan ditamatkan esok (28 Jun).

Menurutnya, ini kerana kriteria sasaran Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.

PKP3.0 akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.

Menurut Pelan Pemulihan Negara (PPN), peralihan dari Fasa 1 sekatan pergerakan penuh hanya akan dilakukan sekiranya TIGA (3) sasaran utama tercapai.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa Kedua adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Peralihan ke Fasa Ketiga akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh. Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin atau Selasa ini.

“Susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini,” kata beliau.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pengumuman mengenai moratorium pinjaman dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kemudahan i-Sinar akan dibuat tak lama lagi.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz…