Polis Buru OKT Yang Larikan Diri

Polis Buru OKT Yang Larikan Diri

0
SHARE
Sumber Foto; BH Online

SEGAMAT – Polis sedang mengesan Orang Kena Tuduh (OKT) yang melarikan diri dari Lokap Balai Polis Segamat, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Azrulnizam Arrif, 39, yang berasal dari Taman Jementah melarikan diri.

“Individu berkenaan memakai baju T berwarna oren dan memakai seluar pendek berwarna ungu ketika keluar dari kawasan ini.

“Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat sedang giat menjalankan Ops Kesan dan Ops Tutup bagi mengesan serta menangkap semula OKT terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin, Khamis.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Inspektor Huzaifah Akwa Ishak di talian 01127766092 atau IPD Segamat 07- 9312222 atau terus menghubungi IPD mahupun balai berdekatan.