Polis Rampas Syabu Bernilai RM87,000 Diseludup Dari KLIA ke Lapangan Terbang Tawau

Polis Rampas Syabu Bernilai RM87,000 Diseludup Dari KLIA ke Lapangan Terbang Tawau

0
SHARE

TAWAUL: Polis merampas syabu bernilai RM87,000 yang diseludup dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu.

Ketua Polis Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dua suspek telah ditahan iaitu seorang lelaki berumur 44 tahun dari Perak dan seorang lelaki berumur 21 tahun dari Sarawak.

“Sebanyak 2.5kg syabu disembunyikan dalam tin biskut, bungkusan mi plastik dan campuran makanan di dalam sebuah beg pakaian,” katanya.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit, dua beg pakaian merah dan hitam, sebuah mesin penyedut vakum, serta sebotol air untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan rangkaian pengedaran dadah yang terlibat.