Presiden AS Beri Amaran ‘Perang Dunia Ketiga’ Jika Hantar Tentera Ke Ukraine

Presiden AS Beri Amaran ‘Perang Dunia Ketiga’ Jika Hantar Tentera Ke Ukraine

0
SHARE

WASHINTON, AS – Presiden Amerika Syarikat, (AS) Joe Biden telah mengeluarkan amaran keras bahawa konflik langsung antara Rusia dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menyebabkan “Perang Dunia Ketiga”.

Awal minggu ini, Poland secara terbuka mengumumkan ia akan memberikan 28 pesawat MiG-29 kepada AS untuk dihantar ke Ukraine.

Poland kemudian menghantar pesawat itu ke pangkalan udara AS di Ramstein, Jerman, dan kemudian diberikan kepada Ukraine.

Tetapi presiden AS menolak kemungkinan itu, bimbang ia boleh membawa kepada konflik langsung.

“Kami akan mempertahankan setiap inci wilayah NATO, seluruh pelosoknya termasuk negara anggota yang bersempadan dengan Russia dengan kekuatan penuh NATO.”

“Kami tidak akan berperang melawan Rusia di Ukraine. Konfrontasi langsung antara NATO dan Rusia akan menyebabkan berlakunya ‘Perang Dunia Ketiga’. Oleh itu kita mesti berusaha untuk mengelaknya daripada berlaku.” katanya, lapor The Telegraph.

Jelas Biden, NATO adalah “satu pergerakan”, itulah sebabnya dia telah memindahkan beribu-ribu tentera AS di sepanjang sempadan dengan Rusia.

“Oleh kerana ia bergerak sekali, memang, jika kita bertindak balas, ia adalah Perang Dunia Ketiga,” tambah Biden.

“Kami mempunyai kewajipan di wilayah NATO, kewajipan suci, Perkara Lima… walaupun kami tidak akan berlawan Perang Dunia Ketiga di Ukraine.

“Idea bahawa kami akan menghantar peralatan menyerang, dengan pesawat, kereta kebal dan kereta api termasuk dengan juruterbang dan krew.

“Tidak kira apa yang anda semua katakan, itu dipanggil Perang Dunia III.”

Biden mengambil keputusan itu selepas menerima nasihat daripada pegawai di Pentagon dan ketua perisikan AS, yang percaya Presiden Rusia Vladimir Putin, akan melihat tindakan tersebut sebagai “eskalasi”.