PRN Johor: Sesak Di Muar Tanda Sistem Demokrasi Yang Baik – Muhyiddin

PRN Johor: Sesak Di Muar Tanda Sistem Demokrasi Yang Baik – Muhyiddin

0
SHARE

MUAR, JORHOR – Keadaan bandar Muar yang sesak di mana rakyat mengambil kesempatan untuk turun mengundi adalah petanda pelaksanaan sistem demokrasi berjalan dengan baik, kata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Katanya, pihaknya menyasarkan jumlah rakyat Johor yang keluar mengundi hari ini adalah 70 hingga 80 peratus berdasarkan pola kesesakan itu yang menunjukkan ramai pulang ke kampung untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Tambahnya, peratusan mengundi yang tinggi adalah penting kerana ini mencerminkan kehendak realiti rakyat Johor terhadap kerajaan yang bakal dibentuk.

“Saya mengambil kesempatan menyeru semua pengundi di Johor termasuk pengundi muda keluar beramai-ramai…

“Perkara ini amat penting kerana kalau peratusan undi agak rendah ia tidak menggambarkan hakikat realiti kehendak rakyat Johor yang saya percaya mahukan perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar, di sini, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tiba bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada jam 9.17 pagi tadi.