SERI KEMBANGAN – Anggota Bomba menemui sejumlah rokok seludup dalam Toyota Camry yang terbakar di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor dipetik berkata bahawa pihaknya menerima panggilan memaklumkan berlaku kebakaran kereta pada 12.55 tengah hari.
Menurutnya, satu jentera bersama sembilan anggota dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kereta terbabit terbakar di tepi jalan.
“Kereta itu terbakar kira-kira 70 peratus dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah rokok seludup di dalamnya.
“Bomba tidak dapat mengesan pemilik kereta itu dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.





