Rosakkan Peralatan Polis, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

Rosakkan Peralatan Polis, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada orang awam yang merosakkan peralatan termasuk kawat duri dan tali rentang Polis yang dipasang bagi mencegah penularan COVID-19 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas berkata, pemasangan kawat duri itu bagi memberi peringatan tegas kepada orang awam bahawa jalan itu tidak boleh dilalui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut ACP Peter, kesalahan tersebut boleh disiasat dibawah kanun keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dan Akta Polis 1967.

Orang awam diminta laporkan kepada pihak Polis sekiranya terdapat individu dengan sengaja mengalih serta merosakkan peralatan serta halangan Polis