Pasukan Petugas Khas Jabatan Air Sabah Selesaikan Masalah Air Di Sekitar Sepanggar,...

Pasukan Petugas Khas Jabatan Air Sabah Selesaikan Masalah Air Di Sekitar Sepanggar, Menggatal

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penduduk Sepanggar dan Menggatal kini boleh menunaikan ibadah puasa bulan Ramadhan dengan selesa di atas keberkesanan Pasukan Petugas Khas Jabatan Air Sabah menangani isu masalah air di kawasan berkenaan.

Melawat Universiti Apartment 1 (UA1) kelmarin (Rabu), Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sebuah pam penggalak menyalurkan air kepada penduduk yang dahulunya terpaksa mengharap catuan air setiap pagi berfungsi dengan baik.

Pasukan khas tersebut ditubuhkan pada 12 April lalu setelah masalah air yang melanda sejak Febuari merosot sehingga menjejaskan pengoperasian Hospital Likas.

“Pusat rawatan air di Telibong Fasa Dua bakal disempurnakan dan pembangunan sebuah Pusat Rawatan Air 10-Juta Liter (MLD) merupakan penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani masalah kekurangan air di bahagian utara bandar ini,” beliau berkata.

Hajiji mendesak Jabatan Air Sabah mencari solusi bukan sahaja untuk kawasan Sepanggar tapi seluruh pelusuk Sabah.

“Pendekatan strategik dan drastik perlu diambil bagi memastikan bekalan air tanpa gangguan bagi kepentingan rakyat…

“Bekalan air juga salah sebuah faktor penting bagi pelabur untuk masuk ke negeri ini,” katanya.

Dalam lawatan itu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Air, Ir Edward Lingkapo dan timbalan Baharumon Sogon.

Hadir bersama adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakubah Khan, Timbalan Pengarah Kerja Raya, Datuk Limus Jury dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Difahamkan antara punca masalah adalah kecurian bekalan air dan peralatan-peralatan milik Jabatan. Kes-kes tersebut kini di bawah siasatan polis.