TAWAU, SABAH – Lebih 143 penduduk Kampung Kinabutan Besar di Batu 5 di sini kehilangan tempat tinggal kepada api yang memusnahkan 10 buah rumah subuh tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, TPgB Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan terbabit pada pukul 6.21 pagi.
Pasukan bomba Tawau mendapati empat (4) buah rumah jenis separuh kekal dan emam (6) buah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus (100%).
“Turut terlibat enam (6) buah kederaan yang juga terbakar 100 peratus…
“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 2 aliran pancutan dan sumber air terbuka iaitu sungai berhampiran,” jelasnya sambil menambah kekuatan anggota Bomba seramai 20 pegawai pelbagai pangkat.
Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 6.50 pagi.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11:27 pagi di mana seramai 23 buah keluarga dikenal pasti sebagai mangsa.