Sabah Tangguh Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (CJN) Bagi Eksport Makanan Laut

Sabah Tangguh Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (CJN) Bagi Eksport Makanan Laut

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) sehingga keadaan ekonomi beransur pulih.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan juga akan menjalankan kajian lanjutan mengenai keadaan ekonomi di Sabah, terutama sekali situasi semasa industri perniagaan di wilayah ini.

“Kerajaan ambil maklum dan prihatin akan maklumbalas peniaga, terutama daripada industri makanan laut, terhadap pelaksanaan SST…

“Kerajaan juga memahami kebimbangan mereka, dan adalah tidak adil memberikan tekanan tambahan terhadap sektor swasta pada masa ini.

“Oleh itu, sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan, kementerian saya telah membincangkan situasi ini dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan, dan memutuskan bahawa, walaupun kita tidak dapat membatalkan cukai tersebut, pelaksanaan cukai ini ditunda serta merta ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan…

Kitingan mengatakan beliau berharap penangguhan cukai penjualan ke atas industri eksport makanan laut akan memberi ruang nafas bagi pemain industri.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong sektor swasta kerana ia merupakan tulang belakang ekonomi Sabah dan penyumbang peluang pekerjaan terbesar wilayah.