Sabah Umum Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri

Sabah Umum Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengumumkan cuti umum tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri.

Menerusi Warta Kerajaan Keluaran Khas bertarikh 18 Mac 2026, Yang di-Pertua Negeri menetapkan 20 Mac 2026 atau 23 Mac 2026 sebagai hari kelepasan tambahan, bergantung kepada tarikh 1 Syawal.

Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 21 Mac 2026, maka 20 Mac 2026 akan diisytiharkan sebagai cuti tambahan. Manakala, jika Hari Raya Aidilfitri disambut pada 20 Mac 2026, maka cuti tambahan akan diberikan pada 23 Mac 2026.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim turut mengumumkan tarikh cuti tambahan yang sama semasa lawatan beliau ke Sabah pada Ahad lalu.