Sebanyak 103 Varian Delta COVID-19 Di Kesan Dalam Negara Setakat Ini

Sebanyak 103 Varian Delta COVID-19 Di Kesan Dalam Negara Setakat Ini

0
SHARE

PUTRAJAYA – Sebanyak 103 varian (VOC) Delta dikesan di negara ini, demikian dimaklumkan melalui DUA (2) kajian tempatan terhadap mutasi protein pepaku COVID-19 yang membimbangkan di antara 29 Ogos hingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mutasi itu ditemui melalui kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) yang mengenal pasti sebanyak 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) mengenal pasti sebanyak 59 kes.

Beliau berkata, semuanya varian Delta (B.1.617.2), menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diperhatikan (VOI) sebanyak 1,324 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan itu, sebanyak 1,304 kes VOC, manakala 20 kes VOI…

“Sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah…

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 24 kes daripada 103 varian Delta yang dikesan membabitkan kes masing-masing di Johor dan Kedah; masing-masing 13 kes di Melaka dan Selangor; 10 kes di Kelantan; tujuh di Perak; lima di Terengganu; empat di Kuala Lumpur dan tiga di Negeri Sembilan.