KUALA LUMPUR – Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 meskipun telah melengkapkan suntikan dos vaksinasi mereka.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.
Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.
Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19.