Sesi Kiropraktik Di Rumah Berubah Tragis, Lelaki Filipina Patah Tulang

Sesi Kiropraktik Di Rumah Berubah Tragis, Lelaki Filipina Patah Tulang

0
SHARE
Leobert dan 'X-ray' kakinya yang patah ketika menerima rawatan kiropraktik di rumahnya

KOTA KINABALU: Seorang lelaki di Cagayan de Oro City, Filipina mengalami patah tulang ketika sesi kiropraktik khidmat rumah.

Leobert Mangubat Yurong yang mengharapkan kelegaan sebaliknya mengalami patah kaki, menurut The Monitor Mindanao Post.

Leobert berkongsi pengalaman pahitnya di Facebook pada 18 November 2024 lalu dan menyiarkan semula video sesi itu selepas memadamkannya.

Dia menjelaskan bahawa dia memadamkan video itu apabila pakar kiropraktik berjanji untuk membantu dengan bil perubatannya.

Bagaimanapun, selepas pakar kiropraktik gagal memenuhi perjanjian itu, Leobert memuat naik semula video tersebut untuk meningkatkan kesedaran awam.

X-ray hospital mengesahkan beliau mengalami patah tulang itu, dan kini sedang menunggu plat keluli tahan karat untuk ditanam di kakinya.

Kejadian itu telah tular di media sosial dengan lebih 15 ribu perkongsian.