SEMPORNA, SABAH – “Shafie Apdal ni memang seorang Ahli Parlimen Semporna dan Ketua Menteri Sabah yang cukup TERUK!!!,” demikian kenyataan dengan nada marah yang dikeluarkan oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) selepas berita permintaan seorang nenek tua yang meminta agar jambatan penghubung laluan keluar dan masuk ke rumah beliau dapat dibaik pulih tular di laman media sosial Facebook.
Berita mengenai seorang warga emas bernama ‘Nenek Lamdah’ telah tular di laman media sosial Facebook selepas sebuah badan NGO yang bernama ‘PERKALAS’ telah memuat naik permintaan seorang warga emas meminta agar jambatan yang menjadi penghubung laluan masuk dan keluar ke rumahnya hampir runtuh dapat dibaik pulih.


Orang ramai turut menzahirkan rasa simpati mereka kepada warga emas ini dan dalam masa yang sama mengecam Datuk Seri Shafie Apdal termasuklah Dato’ Jaujan Sambakong kerana GAGAL membantu menyelesaikan pembinaan jambatan untuk laluan warga emas ini.
Video menyayat hati Nenek Lamdah melambai kepada NGO meminta jambatan di hadapan rumanya yang hampir runtuh untuk dibaiki…
“Kita tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan orang tua seperti Nenek Lamdah ini, orang muda meniti jambatan ini pun bermasalah, apa lagi warga emas seperti Nenek Lamdah.”
 
  
  
  
 

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada NGO yang memuat naik berita ini di media sosial Facebook, sekurang-kurangnya rakyat Sabah semakin mengenali perangai sebenar Shafie Adpal sebagai seorang pemimpin yang GAGAL membantu rakyat di kawasannya sendiri.”
“Sepatutnya masalah ini (jambatan rosak) telah lama diselesaikan semasa Shafie dilantik menjadi Menteri KKLW dahulu lagi, malangnya Shafie GAGAL untuk berbuat demikian,” kata rakyat Sabah yang mengulas isu ini selepas melihat keadaan jambatan ke rumah Nenek Lamdah tular di laman media sosial Facebook.
BEBAS dalam pada itu pula berkata “Amat menghairankan apa sebenarnya kedua-dua pemimpin ini telah lakukan di Semporna?, Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah dan Jaujan pula Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mana mereka ini berasal dari Semporna, masalah kecil jambatan pun tidak mampu diselesaikan oleh mereka, bagaimana pula mereka mahu menyelesaikan masalah Negeri Sabah?.”
“Kami ingatkan selepas insiden Shafie jatuh ke laut akibat jambatan yang telah rosak dapat menyedarkannya, sebaliknya isu jambatan di Semporna masih lagi menjadi isu utama ketika ini di Semporna.”

“Macam mana Shafie mahu bangunkan Sabah kalau tempat sendiri di Semporna pun gagal dibangunkan oleh Shafie sendiri.”
“Sebelum ini, dia (Shafie) bercadang mahu buat laluan kereta api dari daerah Kudat ke Kota Kinabalu dan dalam masa yang sama jambatan di Semporna pun GAGAL dibaiki. Ini jelas menunjukkan Shafie sebenarnya telah GAGAL sebagai Ketua Menteri yang baik untuk rakyat Sabah.
“Justeru memang patut rakyat menzahirkan penolakan mereka terhadap Shafie Apdal dan Parti Warisan kerana sememangnya Shafie adalah Ketua Menteri PALING GAGAL yang Sabah pernah ada,” Bebas berkata lagi.
 
             
	





