Showcase Jiwa Kacau 2024 Dihadiri 15,000 Penonton

Showcase Jiwa Kacau 2024 Dihadiri 15,000 Penonton

0
SHARE
Jiwa kacau
Sekitar Showcase Jiwa Kacau 2024 di Bukit Jalil ( Sumber Foto: Ihsan MND Sport & Event Sdn Bhd )

KUALA LUMPUR – Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks kembali mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja.

Kali ini Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

Justeru dengan berbesar hati selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.

Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

Menariknya tahun ini, SHOWCASE JIWA KACAU 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton yang datang dari pelbagai usia & negeri atau negara bagi memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua ini.

Malah, ini kali pertamanya konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah
menerima sijil dari Siti Hajar Johor dari Malaysia Book of Record dan Iliyas Jamil yang disampaikan kepada Harith Daniel, CEO bagi MND Sports & Events di atas pencapaian tersebut.

“Showcase Jiwa Kacau 2024 memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

“Enam penampilan penuh energatik yang telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024.

“Terima kasih buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big Boss HSP, Thread Division, Sanggul Event dan juga penaja utama iaitu Kopi Saigon.

“Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.