ST12, Nidji Bakal Tampil Dalam Konsert Bersama Di Sabah

ST12, Nidji Bakal Tampil Dalam Konsert Bersama Di Sabah

0
SHARE
Konsert
Poster konsert ST12 dan Nidji

KOTA KINABALU, SABAH – Dua kumpulan popular Indonesia, ST12 dan Nidji bakal disatukan dalam konsert yang dijadualkan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Oktober ini.

Memetik sumber Harian Ekspres, pelakon merangkap penganjur bersama, Zizan Razak berkata penggantian vokalis bukan halangan untuk menarik penonton.

“Isu penggantian vokalis bukan perkara baharu dalam sesebuah band. Contohnya, band Hollywood Guns N’ Roses juga bertukar vokalis tetapi mereka tetap mempunyai kelompok peminat yang besar dan konsert mereka tetap berjaya.

“Saya percaya begitu juga dengan ST12 dan Nidji. Orang tetap akan datang kerana saya pasti peminat-peminat mereka tetap ingin menyaksikan dan merasakan sendiri persembahan band yang mereka minati tidak kiralah berlaku pertukaran anggota atau tidak.

“Berdasarkan pemerhatian kami, Nidji misalnya, konsert-konsert mereka di Indonesia tetapi laris. Sebaliknya, populariti mereka tidak pernah turun walaupun tanpa kehadiran Giring.

“Saya percaya begitu juga dengan ST12 dan Nidji. Orang tetap akan datang kerana saya pasti peminat-peminat mereka tetap ingin menyaksikan dan merasakan sendiri persembahan band yang mereka minati tidak kiralah berlaku pertukaran anggota atau tidak.

“Berdasarkan pemerhatian kami, Nidji misalnya, konsert-konsert mereka di Indonesia tetapi laris. Sebaliknya, populariti mereka tidak pernah turun walaupun tanpa kehadiran Giring,” katanya dalam satu sidang media, baru-baru ini.

Sejak Disember 2018, Giring dimaklumkan berundur berikutan mahu fokus menjadi ahli politik. Selepas sebulan pencarian, akhirnya Nidji menemui vokalis baharu, Ubay yang juga bekas peserta program realiti, Indonesian Idol 2014.

Menurut Zizan, konsert yang dibawakan oleh ZR Project dan MW Pertama itu akan menerbangkan bekas vokalis ST12 iaitu Firman Siagian bersama Aris sebagai penampilan khas.

“Atas dasar kepercayaan terhadap pengaruh ST12 dan Nidji dalam industri muzik bukan sahaja di Indonesia tetapi peminat di Malaysia serta Borneo, kami bangga membawakan konsert ini di Sabah sebagai buah tangan paling indah pada 21 Oktober ini.

“Konsert ini merupakan sebuah usaha besar kami bagi mempromosikan kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini. 

“Menerusi konsert ini, ST12 dan Nidji tidak hanya akan mempersembahkan rangkaian lagu popular dan terkini mereka sahaja, menariknya, mereka bakal menjanjikan keunikan tersendiri apabila elemen tradisional muzik Borneo juga akan disuntik dalam persembahan mereka nanti. 

“Selain itu, kami juga membawa beberapa artis Sabah selaku ‘opening act’ sebagai cara kami untuk memperkenalkan budaya serta artis Sabah kepada dunia,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata pemilihan SICC sebagai lokasi konsert berikutan reputasinya dalam mengadakan beberapa acara persembahan sebelum ini.