Sukan Tradisi Kaamatan Dibuka Secara Fizikal

Sukan Tradisi Kaamatan Dibuka Secara Fizikal

0
SHARE
Sukan
Putera (tiga dari kiri) melakukan aksi menyumpit bagi menyempurnakan gimik perasmian Sukan Tradisi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Sukan tradisi kaamatan kini kembali dibuka secara fizikal selepas tiga tahun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sukan Tradisi, Terrance Edward Pudin berkata, kesemua sepuluh acara sukan tradisi kini dibuka secara fizikal selepas tiga tahun akibat pandemik COVID-19.

“Pada tahun lepas, hanya dua acara sahaja yang diadakan secara fizikal iaitu tarik tali dan gusti lengan manakala lapan lagi acara lain secara demonstrasi.

“Namun pada tahun ini, kesemua sepuluh acara iaitu Migazat (Tarik Tali), Mipulos (Gusti Lengan), Momolistik (Melastik), Monopuk (Menyumpit), Manadus (Membujak), Sipatu Tompulangoi (Terompak Gergasi), Rampanau, Monungkava Kalabau (Menjerat Kerbau), Mompiri atau Magapui (Menyalakan Api) dan Tumutu (Memproses padi) dibuka secara fizikal kepada orang ramai.

“Kita juga amat berbesar hati kerana buat julung kalinya pada tahun ini, acara sukan tradisi kaamatan menerima penyertaan dari negara Brunei Darussalam dalam pertandingan Tarik Tali dan Gusti Lengan,” kepada media selepas majlis Perasmian Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Putera Jali di Pentas Terbuka, Koisaan Cultural Village (KCV), pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LLS, Janih Bangud dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan dan Industri Makanan, Robert Stidi. — JABATAN PENERANGAN SABAH