Suspek Lelaki Kelar Isteri, Anak Sehingga Mati Direman Selama Tujuh Hari

Suspek Lelaki Kelar Isteri, Anak Sehingga Mati Direman Selama Tujuh Hari

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JOHOR BAHRU – Suspek lelaki yang dipercayai telah membunuh isteri dan bayi berusia tiga bulan dengan mengelar mangsa direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari, mengeluarkan perintah reman yang membenarkan permohonan reman polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek yang berusia 24 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat anggota polis…

Terdahulu, suspek telah ditahan 2.45 petang semalam di Permas Jaya, beberapa jam selepas melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal.

Suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal itu disyaki membunuh isterinya yang berusia 26 tahun dan anak lelakinya di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 12.42 tengah hari.

Sebilah pisau pemotong daging yang digunakan suspek bersama sebuah motosikal turut dirampas.

Dalam perkembangan lain, jenazah ibu dan anak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu sebelum solat Zohor hari ini.