Terlalu Obses Kepada Teori Konspirasi COVID-19 Punca Seorang Lelaki Bunuh Diri

Terlalu Obses Kepada Teori Konspirasi COVID-19 Punca Seorang Lelaki Bunuh Diri

0
SHARE

LONDON – Terlalu percaya bahawa pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini adalah penghujung kepada kehidupan normal punca kepada tindakan seorang lelaki membunuh diri Lancashire, Britain pada 30 April lepas.

Memetik sumber pada portal berita MailOnline, lelaki berkenaan yang disyaki sebagai ahli teori konspirasi yang mana dia percaya virus COVID-19 merupakan  tipu muslihat bagi mencipta ‘orde dunia baharu’.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Wayne Paul Galley, 47, dilaporkan mati di rumah seorang ahli keluarganya kerana terlalu obses terhadap konspirasi berkaitan COVID-19 sehingga mengalami gangguan mental yang kronik.

Claire iaitu isteri kepada Galley menyatakan suaminya itu terlalu percaya bahawa COVID-19 adalah penghujung kepada kehidupan normal, demikian menurutnya yang dipetik Richard Taylor iaitu seorang Koroner di kawasan kediaman itu.

Justeru, dia (Galley) perlu melindungi keluarganya dengan menyimpan makanan.

“Claire telah cuba untuk membawa Galley berjumpa dengan pakar psikiatri…

“Dia juga tidak tidur selama lima hari. Ketika perintah berkurung yang pertama, terdapat perubahan ketara dalam personaliti Galley dan dia menjadi obses dengan pemikiran bahawa kerajaan cuba untuk mengawal setiap orang menerusi Covid-19.

“Galley juga percaya bahawa virus itu adalah satu muslihat untuk menghapuskan sebilangan besar populasi supaya  pemerintahan era dunia baharu dapat diwujudkan,” kata Taylor.

Lebih mengejutkan lagi, Claire mendedahkan bahawa suaminya itu percaya peralatan elektrik di rumah mereka memahami percakapannya dan menganggap orang ramai akan datang kepadanya.

Suaminya juga meletakkan lebih banyak kunci pada tingkap-tingkap dan pintu selain menjadi semakin obses terhadap sebarang konspirasi COVID-19.

“Pada hari kematiannya, dia memberitahu isterinya bahawa dia tidak memerlukan sebarang bantuan,” tambah Taylor.

Koroner melaporkan kes itu sebagai bunuh diri selepas mengambil kira dan menilai semua kenyataan serta bukti.