TPNS Peruntuk RM4.4 Juta Bantu 3,050 Pelajar

TPNS Peruntuk RM4.4 Juta Bantu 3,050 Pelajar

0
SHARE
Arifin
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah, Samin Ongki (empat dari kanan) menerima cek cura daripada Arifin ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak ditubuhkan, kerajaan negeri telah membantu 3,050 orang pelajar menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dengan peruntukan berjumlah RM4.4.juta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata inisiatif tersebut dikhususkan untuk anak-anak Sabah khususnya golongan B40 melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan ianya selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya sejak ia ditubuhkan.

“Tabung ini sepertimana yang saya maklumkan sebelum ini adalah ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk memperkasakan pendidikan selain daripada Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kita juga membantu melalui tabung ini (TPNS) mendokong usaha dalam memperkasa bidang pendidikan di Sabah.

“Setakat ini, tabung ini mengeluarkan RM4.4.juta untuk anak-anak kita dan lebih kurang 3,050 orang pelajar telah menerima manfaat ini sejak ia ditubuhkan.

“Pada hari ini kita menyampaikan tiga lagi bantuan kepada pelajar dalam membantu mereka dan semoga ada manfaatnya kepada mereka.

“Kita akan membuat mesyuarat dan setiap bulan kita akan menyampaikan bantuan berkenaan untuk membantu anak kita,” ujar Arifin semasa ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada tiga penerima di sini, pada Isnin.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Dr Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Zainuddin Aman, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.– JABATAN PENERANGAN SABAH