INDONESIA – Seorang janda berusia 41 tahun yang baru sahaja bercerai terpaksa dibedah selepas batu lesung tersangkut di dalam kemaluannya.
Kes yang berlaku di Indonesia itu tular selepas dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr pada Ahad lalu.
Menurutnya, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan.
Doktor itu berkata pesakit itu datang ke bilik kecemasan obstetrik di klinik swasta beliau bekerja.
“Wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya.
“Selepas rawatan awal dijalankan, tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan lain-lain adalah normal, cuma nadinya agak laju.
“Pesakit mendakwa sakit perut di bahagian bawah disertai pendarahan dari saluran peranakan sejak malam,” katanya dalam video tersebut.
Proses rawatan diteruskan dengan pemeriksaan dalaman yang mendapati terdapat satu objek keras dengan permukaan tidak rata.
Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek tersebut ke dalam kemaluannya dan tidak dapat mengeluarannya.
Doktor itu berkata pengeluaran secara manual telah dilakukan selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi namun tidak berjaya.
“Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” tambahnya menerusi perkongsian tersebut.