COVID-19: KKM LAPORKAN 14 KEMATIAN, SEBANYAK 3,631 KES BAHARU DAN SERAMAI 2,944...

COVID-19: KKM LAPORKAN 14 KEMATIAN, SEBANYAK 3,631 KES BAHARU DAN SERAMAI 2,944 PESAKIT SEMBUH

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes harian positif COVID-19 setakat ini masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 3,631 KES, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 165,371 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 39,464 (23.9%) kes.

DARIPADA 3,631 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 3,624 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM turut memaklumkan sebanyak 2,944 KES pesakit telah sembuh hari ini, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 125,288 kes (75.8%).

Menurut KKM juga, sebanyak 238 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 96 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,199 KES, diikuti SABAH sebanyak 526 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 521 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 14 kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 619 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (19 Januari 2021) sebanyak 1,199 KES daripada keseluruhan 3,631 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)