KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi esok (27 Ogos), demikian menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Ini selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai nama anggota Kabinet baharu yang berkonsepkan ‘Keluarga Malaysia’.
Manakala, Majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan pula akan berlangsung pada pukul 2.30 petang, pada Isnin (30 Ogos) ini.





