Adik Lapan Tahun Maut Dihempap Tembok Rumah Di Kedah

Adik Lapan Tahun Maut Dihempap Tembok Rumah Di Kedah

0
SHARE
Tembok
Tembok yang runtuh menimpa kanak-kanak lelaki lapan tahun - ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

BALING, KEDAH – Seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun maut dihempap tembok di kawasan dapur yang sedang dalam pembinaan pada sebuah rumah di Kampung Padang Lalang Besah, Kuala Ketil, sini, dalam kejadian 10.30 pagi semalam.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik kesihatan kata Ketua Polis Baling, Supt Shamsudin Mamat selepas pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan klinik itu pada tengah hari.

“Ibu kanak-kanak itu memberitahu suaminya anak mereka telah terperangkap selepas dinding di bahagian belakang dapur yang sedang dalam pembinaan runtuh.

“Ibu itu berkali-kali memberi amaran kepada dua anaknya supaya tidak bermain di kawasan itu,” katanya memetik sumber.

Shamsudin berkata, abang mangsa turut terkena batu bata yang jatuh, tetapi hanya cedera ringan.