AKHIRNYA MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2023 SELEPAS 42 TAHUN MENANTI

AKHIRNYA MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2023 SELEPAS 42 TAHUN MENANTI

0
SHARE
Sumber Foto: Facebook Rasmi Football Association of Malaysia...

KUALA LUMPUR – Malaysia akhirnya menamatkan kemarau 42 tahun layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan yang cukup bersejarah malam tadi menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan pada tahun hadapan itu.

Sumber Foto: Facebook Rasmi Football Association of Malaysia…

Pada aksi perlawanan itu, Malaysia bermula garang dan agresif dengan membuat beberapa percubaan berbahaya ke gawang gol Bangladesh.

Hasilnya, skuad Harimau Malaya dihadiahkan penalti selepas pemain pertahanan Bangladesh yang menerjah penyerang negara Matthew Davies di dalam kotak penalti pada minit ke-14.

Sepakan penalti yang mudah disempurnakan Safawi Rasid untuk gol kemenangan pertama Harimau Malaya.

Bagaimanapun, pada minit ke-30 permainan Bangladesh mengejutkan pasukan kebangsaan apabila mendapat ruang untuk mencipta gol daripada penyerangnya, Mohammad Ibrahim menerusi tandukan sekaligus mengikat kedudukan 1-1.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian Kim Pan Gon memperkemaskan permainan dan hasil serangan demi serangan, Dion Cools berjaya meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-38.

Sumber Foto: Facebook Rasmi Football Association of Malaysia…

Selang dua minit pada babak kedua permainan berlangsung, Harimau Malaya sekali lagi menggegarkan di gawang lawan apabila Syafiq Ahmad menghadiahkan gol ketiga menerusi hantaran kemas Faisal Halim.

Pada aksi babak kedua perlawanan juga menunjukkan skuad kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang dengan mendominasi permainan sepenuhnya dengan hantaran bola dan pelbagai serangan yang cukup menarik.

Impak daripada 3 pertukaran yang dilakukan oleh Kim Pan-gon pada pertengahan minit permainan telah meletakkan pasukan negara selesa di hadapan apabila Darren Lok yang baru dibawa masuk ke padang berjaya menjaringkan gol yang keempat hasil daripada hantaran baik Akhyar Rashid.

Keputusan kekal sehingga pemgadil meniupkan wisel penamat dan kemenangan bersejarah itu melayakkan anak didik Kim Pan-gon ke Piala Asia 2023.