Aliff Aziz Dijulang Juara GV8

Aliff Aziz Dijulang Juara GV8

0
SHARE

PUTRAJAYA – Aliff Aziz yang juga disebut-sebut sebagai anak emas Astro memenangi tempat pertama dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Aliff membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi setelah 10 minggu berentap, lapor Kosmo!.

Penyanyi kelahiran Singapura itu memecah jangkaan ramai apabila berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara…

Pada persembahan akhir, Aliff membawakan lagu ‘Sampai Syurga’ serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova.

Dalam saingan battle pula, Aliff juga berjaya menambat hati para juri menerusi lagu Budak Flat yang dibawa bersama Aweera.

Nikki berada di kedudukan naib juara, membawa pulang wang tunai RM50,000. Manakala, tempat ketiga pula milik Suki yang berjaya membawa pulang RM30,000.

Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000 dan Azan Scan meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000.

Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow.