TENOM, SABAH – Seorang wanita yang sedang bersalin dan dikejarkan ke Hospital Keningau selamat walaupun ambulans dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta peronda Polis.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam satu pagi di Kilometer 13 Jalan Tenom – Keningau semalam.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintenden Ediansha Endal berkata mangsa dipindahkan ke sebuah ambulans lain dan meneruskan perjalanan ke Hospital Keningau.
Difahamkan, beliau melahirkan seorang anak perempuan pada pagi yang sama.
“Siasatan awal mendapati kereta peronda (MPV) polis membelok ke kanan dan pada masa yang sama pemandu van ambulans tidak sempat menekan brek.
“Ambulans berkenaan cuba mengelak ke kanan jalan namun melanggar bahagian tepi kereta MPV polis berkenaan.
“Kedua-dua kenderaan terbabit telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan,” katanya.
Kedua-dua kenderaan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk tindakan lanjut.
Ediansha berkaa cuaca ketika kejadian berkabus manakala kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.