BAM Rancang Beri Kenaikan Gaji Sekali Ganda Kepada Pemain

BAM Rancang Beri Kenaikan Gaji Sekali Ganda Kepada Pemain

0
SHARE
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam perancangan untuk memberikan kenaikan gaji sekali ganda kepada pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata pihaknya sedang meneliti perkara berkenaan termasuk membabitkan bonus pemain dan jurulatih yang bernaung dengan badan induk itu.

“Saya rasa kenaikan 100 peratus untuk pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik. Macam contoh, kalau pemain itu berada dalam kelompok ini, kalau dahulu gaji dia sekitar RM15,000 selepas ini akan menjadi RM30,000…

“Itu adalah termasuk bonus, penerbangan kelas bisnes dan sebagainya,” katanya pada sidang media majlis penyampaian insentif kepada beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan lalu.

Memetik laporan BH Online, Aaron-Wooi Yik menerima insentif sebanyak RM120,000 selain tambahan sebanyak RM60,000 yang diberikan oleh penaja mereka iaitu 100Plus. Ketua jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele turut menerima ganjaran sebanyak RM30,000 kerana membantu Aaron-Wooi Yik meraih pingat di Tokyo.

Pasangan bergu muda negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat gangsa buat negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020…

Dalam perkembangan sama, BAM turut mengumumkan, pemengang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou akan menerima insentif sebanyak RM200,000 daripada badan induk itu selain RM50,000 akan diberikan kepada jurlatihnya, Datuk Rashid Sidek.

Sementara itu, Norza mendedahkan BAM mengubah skema insentif kemenangan Sukan Olimpik yang disifatkan terlalu rendah sebelum pemain berlepas ke Tokyo.

“Saya bertemu pemain sebelum mereka ke Tokyo dan memberitahu sesiapa yang bawa balik pingat emas akan diberikan insentif sebanyak RM1 juta setiap seorang dan ini adalah berbeza dengan SHAKAM (Skim Hadiah Kemenangan Sukan)…

“Di dalam budaya sukan berprestasi tinggi, kami mahu menerapkan budaya bahawa mereka yang berjaya akan menerima ganjaran sewajarnya,” katanya.