BEKAS CALON BN DUN BUGAYA MENINGGAL DUNIA

BEKAS CALON BN DUN BUGAYA MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekad calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya, Abdul Aziz Mohd Ibno yang bertanding atas tiket parti Barisan Nasional (BN) pada tahun lepas telah meninggal dunia, hari ini.

Menerusi pautan yang tular di laman media sosial Facebook milik anak saudara Allahyarham, Siti Nurul Ain mengesahkan Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh tadi.

Sabah News difahamkan jenazah Allahyarham dijadualkan akan tiba di Kampung Tagasan pada jam tujuh malam ini sebelum urusan pengebumian diteruskan.

Jenazah akan dibawa menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Semporna pada jam empat petang ini.