Pedagang menawarkan minyak Iran kepada penapis India pada harga premium berbanding ICE Brent selepas Washington melonggarkan sementara sekatan bagi meredakan krisis tenaga akibat perang AS-Israel ke atas Iran, menurut sumber industri.
India, pengimport minyak ketiga terbesar dunia, tidak menerima bekalan dari Tehran sejak Mei 2019.
Namun gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz sepanjang empat minggu konflik menekan bekalan negara itu.
Memetik sumber Reuters, penapis India diberi tempoh sebulan untuk memaksimumkan pembelian minyak dan LPG dari Iran yang lebih dekat secara geografi.
India sebelum ini turut meningkatkan import minyak Rusia selepas sekatan AS dilonggarkan.
Selain kekurangan minyak, India berdepan kekurangan serius LPG untuk kegunaan harian.
Pembayaran dicadangkan dalam dolar AS atau rupee, dengan sebahagian pihak bersedia menerima mata wang India.
Agensi Tenaga Antarabangsa menyifatkan krisis semasa lebih buruk berbanding dua kejutan minyak era 1970-an.






