Kanak-kanak Maut Terjatuh Di Tingkat Sembilan

Kanak-kanak Maut Terjatuh Di Tingkat Sembilan

0
SHARE
Maut
Ibu bapa mangsa semasa insiden ( Sumber Foto; JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui pada beranda tingkat lima bangunan Sky Hotel di Jalan Karamunsing, sini, setelah terjatuh di tingkat sembilan.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan mangsa telah terjatuh dari kawasan kolam renang terletak di tingkat 14 bangunan terbabit.

“Pasukan bomba menjalani operasi membawa mayat turun dari beranda hotel ke bawah.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis,” kata seorang jurucakap bagi agensi.