KUALA LUMPUR – Dua kugiran terkenal, Exist dan Masdo bakal tampil dalam konsert ‘Battle of Time Exists X Masdo’ bakal menemuo peminat yang dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka WTCKL pada 10 November ini.
Konsert yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu dianjurkan Dennsa dan Sensorhythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi bersama Kumpulan My Creative Ventures.
Dewi dari Dennsa selaku penganjur berkata kedua-dua kugiran terbabit telah dikenali dikalangan peminat muzik negara masing-masing.
“Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang
karya mereka telah didengar daripada generasi millenial kepada generasi Alpha.
“Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah
dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok.
“Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan
meski era bertukar. Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan
bangga membawa Exists ke dalam ‘Battle of Time Exists X Masdo’
“Sementara buat MASDO pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang
mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam
kalangan penggemar muzik Nusantara,” katanya.