PEGUAM DATUK ZULKARNAIN BURU CYBERTROOPER PARTI WARISAN “TANDIKO DALUSIN” UNTUK SAMAN RM1.5...

PEGUAM DATUK ZULKARNAIN BURU CYBERTROOPER PARTI WARISAN “TANDIKO DALUSIN” UNTUK SAMAN RM1.5 JUTA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Peguam kepada Datuk Zulkarnain Mahdar kini sedang giat mengesan seorang individu bernama ‘Tandiko Dalusin’ atau ‘Atan Leecas’, dipercayai cybertrooper Parti Warisan, bagi tujuan penyerahan Surat Tuntutan (Letter of Demand, LOD) berhubung dakwaan fitnah serius terhadap Datuk Zulkarnain di media sosial.

Menurut sumber sahih, LOD pertama telah dihantar sejak bulan Mei lalu, manakala LOD kedua menyusul pada bulan Ogos tahun ini, kedua-duanya dikeluarkan oleh Tetuan Boestamam Ahmad & Co. Namun, kedua-dua LOD tersebut telah dipulangkan semula ke pejabat guaman selepas cubaan menyerahkan surat berdaftar ke alamat terakhir individu terbabit di Seremban gagal sepenuhnya.

Siasatan awal mendapati individu berkenaan telah berpindah dari alamat asal atau menurut maklumat sedang cuba melarikan diri bagi mengelak daripada menerima surat saman RM1.5 juta tersebut.

“Kami sudah berikan masa yang cukup. Sekiranya individu ini terus bersembunyi, tindakan seterusnya akan diambil melalui prosiding mahkamah terbuka. Undang-undang tidak akan melindungi penfitnah,” tegas wakil peguam Datuk Zulkarnain.

Datuk Zulkarnain bersama dua orang peguam dari Tetuan Boestamam Ahmad & Co di hadapan bangunan SPRM…

Difahamkan, saman berkenaan melibatkan fitnah berat dan berunsur penghinaan politik yang mencemarkan reputasi Datuk Zulkarnain, termasuk kenyataan provokatif di media sosial yang dikaitkan dengan parti pembangkang tempatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Tandiko Dalusin/ Atan Leecas diminta menyalurkan maklumat sahih ke: zulkarnainmahdar@gmail.com

“Tiada siapa kebal di atas nama politik atau media sosial. Setiap fitnah ada batasnya, dan undang-undang akan menuntut pertanggungjawaban. Proses undang-undang ini tidak akan dihentikan,” tegas Datuk Zulkarnain.

“Zaman ‘cybertrooper ‘menabur fitnah dan melarikan diri daripada tanggungjawab sudah berakhir. Kita akan pastikan individu ini dibawa ke muka pengadilan — biar jadi pengajaran kepada semua,” tambah beliau lagi.